hari nie just nk kongsi ilmu apa yg aku dpt waktu g kuliah....kuliah tasawwuf sunni n falsafi nie Prof. Zakaria Stapa yg ajar...syukran prof..best sgt2 time klas prof..n klas2 yg lain gk..
seorang tokoh tasawwuf sunni iaitu Al-Harith b.Asad al-Musahibi.
gelaran al-Muhasibi diberi kepada beliau kerana kesungguhan beliau mengamalkan amalan muhasabat al-Nafs( tekun mengamalkan muhasabah dirinya samada apa yg dilakukan benar @ salah.) bliau dilahirkan di Basrah, Iraq kira2 dalam dekad ke-7 abad ke-2 H. kmdn beliau meninggal dunia di Baghdad pd thn 243H/857M. sebahgian umurnya banyak dihabiskan di Banghdad. al-Muhasibi adalah simbol golongan 'ariffin pada zamannya. seorang guru pada golongan yang menuju Allah yang terhimpun dalam dirinya adunan ilmu yang batin dan zahir. al-Muhasibi diiktiraf sebagai seorang imam yang menjadi ikutan orang Islam dalam bdang fiqh, tasawuf, hadis da ilmu kalam.
al-Kalabazi dalam kitabnya Taaruf menamakan Muhasibi sebagai salah seorang daripada 10 orang yang terkenal dan termasyur. beliau menghimpunkan dalam diri beliau ilmu2 yang diwarisi (tasawuf) dan ilmu yang dicapai melalui hasil usahanya sendiri. beliau juga mendengar hadis, menyusun ilmu fiqh, ilmu kalam, ilmu bahasa serta ilmu tentang al-Quran.
Abu Abdullah Ibn Khafif memberi ingatan, hendaklah kamu mengikuti 5 orang dari kalangan syeikh kita iaitu al-Muhasibi, al-Junaid, Abu Muhammad Ruim, Abu 'Abbas Ibn 'Ata' dan 'Amr Ibn Uthman al-Maki kerana mereka merupakan orang yang mengadunkan ilmu dan pelbagai hakikat dalam diri mereka. terdapat sejumlah ucapan beliau yang menggambarkan bahawa aliran tasawuf yang dibawanya adalah lebih mengutamakan aspek yang berkaitan dengan akhlak islamiyyah.
Monday, February 8, 2010
tasawwuf Sunni & Falsafi (kuliah 25.01.2010)
Posted by al-wahdatul fikrah at 8:16 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

0 comments:
Post a Comment