BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, October 30, 2007

KIAMAT HAMPIR TIBA.....

Hari Kiamat merupakan Hari Pengakhiran bagi semua makhluk di atas muka bumi ini. Hari kiamat merupakan hari di mana semua manusia dihimpunkan dari seawal-awal kelahiran iaitu manusia semenjak zaman Nabi Adam dan Hawa hinggalah kepada manusia yang paling akhir sekali dijadikan dan dimatikan oleh Allah. Pada hari itu juga manusia dihisab amalannya, Hari Kiamat adalah sesuatu perkara yang benar sebagaimana benarnya bahawa setiap manusia akan mati. Al-Quran banyak menyebut tentang Kiamat itu sebagaimana yang disebut dalam surah al-Hajj:7 bermaksud: “Dan sesungguhnya hari kiamat itu pasti akan datang, tidak ada keraguan padanya…”

Dalam ayat lain Allah berfirman: “Dan tidaklah kami ciptakan langit dan bumi serta apa yang ada pada keduanya, melainkan dengan benar, dan sesungguhnya kiamat itu pasti akan datang, maka maafkanlah mereka dengan cara yang baik” (al-Hijr:85)

Remaja semua, mari kita fikir sejenak tentang tanda-tanda kecil menunjukkan hampirnya kiamat berdasarkan hadis sahih Nabi s.a.w dengan melihat realiti hidup kita serta kejadian berlaku pada manusia ketika ini.

Antara Tanda-Tanda Kecil Kiamat Berdasarkan Hadis:

Penaklukan Baitulmaqdis

Dari Auf b Malik r.a katanya, “Rasulullah s.a.w. telah bersabda: “Aku menghitung enam perkara menjelang Hari kiamat. “Baginda menyebutkan salah satu diantaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis.” (Sahih Bukhari)

Zina Berleluasa

“Dan tinggallah manusia-manusia yang buruk, yang sesuka hatinya melakukan persetubuhan seperti keldai. Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang” (Sahih Muslim)

Alat-Alat Muzik Menjadi kebanggaan dan digilai

Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan dan perubahan pada muka. Ada yang bertanya kepada Rasulullah “Wahai Rasulullah bila hal itu terjadi?” Baginda menjawab: “Apabila telah bermaharajalela muzik (bunyi-bunyian) dan ramainya penyanyi-penyanyi wanita” ( HR Ibnu Majah)

Menghias Masjid dan Membanggakannya

“Diantara tanda-tanda telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegah-megah dalam mendirikan masjid” ( H.R Nasai)

Munculnya kekejian, Memutuskan Persaudaraan dan Bersikap Buruk Dengan Jiran

“Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan dan perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim dan bersikap yang buruk dengan jiran” (H.R Ahmad dan Hakim)

Ramai Orang Soleh Meninggal Dunia

“Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang-orang yang baik dan ahli agama di muka bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang-orang yang hina dan buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran” ( H.R Ahmad)

Orang Hina Mendapat Kedudukan Terhormat

“Di antara tanda-tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka’ bin Luka’ (orang yang bodoh dan hina). Maka Orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh dua orang mulia” (H.R Thabrani)

Mengucapkan salam Kepada Orang Yang Dikenali Sahaja

“Sesungguhnya di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenalinya sahaja.” (H.R Ahmad)

Ramai Wanita Berpakaian Tetapi hakikatnya telanjang

Diriwayatkan dari Abu Huraira r.a “Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah akan muncul pakaian-pakaian wanita dan apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang”

Bulan Sabit Kelihatan Besar

“Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah membesarnya bulan sabit.” (H.R Thabrani)

Banyak Dusta dan Tidak Tepat dalam menyampaikan Berita

“Pada akhir zaman akan muncul pembohong-pembohong besar yang datang kepadamu dengan membawa berita-berita yang belum pernah kamu dengar dan belum pernah didengar oleh ibu bapa kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu dan memfitnahmu.” ( Sahih Muslim)

Banyak Saksi Palsu dan Menyimpan Kesaksian Yang Benar

“Sesungguhnya sebelum datangnya hari kiamat akan banyak kesaksian palsu dan disembunyikan kesaksian yang benar.” (Riwayat Ahmad)

Negara Arab menjadi Padang Rumput dan Sungai

“Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang rumput dan sungai-sungai.” (Sahih Muslim)

Demikianlah sebahagian daripada tanda-tanda kecil akan berlakunya hari kiamat. Marilah kita renungkan sejenak untuk menjadi panduan hidup. Hidup kita hanya sebentar sahaja di muka bumi ini, seharusnya hidup yang singkat ini kita isi dengan sesuatu yang berfaedah sama ada untuk diri sendiri, agama, bangsa mahupun negara. Andai kita seorang remaja, jadilah remaja yang bijak, baik hati, ingat Tuhan dan berbakti.


MADAH ABDUL GHANI PENYAIR SUFI

PENUHILAH HATIKU DENGAN BILANGAN
CINTA-MU YANG TIDAK TERBATAS
BIAR RASAKU PADA-MU TETAP UTUH
ALLAH RABBI
IZINKAN BILA SUATU SAAT AKU JATUH HATI
PERTEMUKANLAH KAMI
BERIKANLAH KAMI KESEMPATAN UNTUK
LEBIH MENDEKATI CINTA-MU
ALLAH RABBI
PINTAKU YANG TERAKHIR ADALAH
SEANDAINYA AKU JATUH HATI
JANGANLAH PERNAH KAU PALINGKAN
WAJAH-MU DARIPADAKU
ANUGERAHKANLAH AKU CINTA-MU
CINTA YANG TAK PERNAH PUPUS OLEH
WAKTU

MenCaRi CinTA IlLahi




CARILAH CINTA

Carilah Cinta Yang Sejati
Yang Ada Hanyalah Padanya
Carilah Cinta Yang Hakiki
Yang Hanya PadaNya Yang Esa

Carilah Kasih Yang Kekal Selamanya
Yang Ada Hanyalah Pada Tuhanmu

Di Dalam Mencari Cinta Yang Sejati
Banyaknya Ranjau Kan Ditempuhi
Di Dalam Mendapat Cinta Yang Hakiki
Banyaknya Onak Yang Direnangi

Namun JanjiNya Kepada HambaNya
Tidak Pernah Dimungkiri

-RAIHAN-

Saturday, October 27, 2007


SLaMAT dATang ke bLoG aNA. smOga aPE yaNg aDE aDE kT dalAm nIe MeNjaDi PAnDUAn KiTE BeRsaMa....KAlau Ade KoMen AtAu CaDAngAn BoLEh LA Anta KAt Ana...WaSSalam...

Friday, October 26, 2007

Wednesday, October 3, 2007

CINTA apabila FITRAH menjadi FITNAH..

CINTA Apabila Fitrah Menjadi Fitnah
Remaja tidak seharusnya mengeluh dan berkata, “cinta apa namanya jika tidak dating, perbualan telefon secara maraton, sentuhan tangan, kerlingan dan senyuman?”
Remaja dan cinta- 2 perkara yang bagaikan sudah sebati. Kisah suka-duka cinta remaja sering menjadi ilham para penyair, lirik dan komposer, dan bait-bait puisi para penyair. Habis segala ciptaan Tuhan dijadikan lakaran metafora dan analogy percintaan. Embun, pelangi, salju, bulan dan bintang semuanya dijadikan lambang bagi memuja kekasih. Perubahan biologi dan psikologi remaja menyebabkan mereka menjadi peneroka cinta yang serba baru. Kekadang rasa cinta berputik lewat perkenalan dengan rakan sekelas, teman sepejabat atau cinta pandang pertama sewaktu sama-sama menunggu bas ketika hujan renyai-renyai..aduss romatiknya!~Apabila disebut cinta terbayang Romeo yang sanggup mati kerana Juliet, Cleopatra yang sanggup membunuh diri kerana Mark Anthony, Uda yang bersanding dengan Dara di pusara atau Qais yang sanggup menjadi majnun kerana terpisah dengan Laila. Itulah deretan kisah cinta rekaan, namun realitinya juga tidak kurang hebatnya. Ramai remaja yang sanggup meninggalkan ibu dan ayah kerana mengikut kekasih hati. Malah ada yang sanggup menukar agama untuk mendapatkan cinta. Ah, manusia tanpa cinta agaknya seperti bumi tanpa mentari…begitulah agaknya..
CINTA FITRAH SEMULA JADIRasa cinta bertandang di dalam jiwa tanpa diundang. Keinginan itu tidak payah dipelajari atau dicari. Lelaki inginkan cinta wanita dan begitulah sebaliknya. Walaupun kadangkala ia cuba dilawan, namun rasa yang ‘ajaib’ itu datang juga. Tidak kuasa untuk menolaknya , apalagi kalau cinta disuburkan, maka makin marak dan menggila jadinya. Apabila cinta mencengkam diri, makan tak kenyang, tido pon tak lena dibuatnya. Seindah dan sedamai syurga, namun Nabi Adam inginkan teman. Lalu Allah menciptakan Siti Hawa dari tulang rusuknya. Dan kita adalah anak cucu pewaris rasa cinta itu akan sentiasa rasa terpisah dan gelisah selagi tidak bersama dengan yang dicinta.Lalu hati remaja selalu berkata, apakah salah kami bercinta? Ya, rasa cinta memang tidak salah. Ia adalah fitrah semula jadi yang Allah kurniakan kepada setiap manusia. Ingin cinta dan dicintai adalah instinc. Jiwa manusia memerlukan cinta seperti jasad memerlukan makanan. Oleh kerana cinta itu fitrah, maka tentulah tidak salah untuk merasainya. Namun Allah tidaklah kurniakan rasa cinta secara polos begitu sahaja. Dia juga mencipta peraturan cinta demi menjaga kemuliaannya. Peraturan inilah yang kerap dilanggar oleh remaja. Rasa cinta tidak salah tetapi kesalahan selalu berlaku sewaktu menjalinkan hubungan cinta. Disinilah selalunya remaja terjebak. Cinta terlarang adalah cinta yang menafikan peraturan Tuhan. Ketika itu fitrah telah menjadi fitnah. Apabila kehendak semula jadi tidak disalurkan atau diisi mengikut peraturan maka akan berlakulah kekalutan dan kemusnahan.
CINTA YANG MEMBAKAR DIRIMengapa perlu ada peraturan cinta? Jawabnya, kerana Allah mencintai manusia. Allah inginkan keselamatan dan kesejahteraan buat manusia melaksanakan keinginan fitrah semula jadinya. Keinginan tanpa peraturan akan menyebabkan banyak kemusnahan. Begitulah hubungan cinta yang terlarang, akan membawa banyak implikasi negatif dalam kehidupan. Pengalaman sudah pun mengajar kita bahawa jangan sekali-kali bermain api cinta, nanti terbakar diri. Sudah banyak tragedy yang berlaku akibat hubungan cinta yang membelakangkan Tuhan. Cinta yang terlarang adalah cinta yang sudah dicemari dengan kehendak nafsu dan kepentingan diri. Keindahan cinta yang sudah tercemar ini tidak bertahan lama. Sudah dapat apa yang dihajati, sudah terlaksana apa yang dikejar, cinta akan terkulai dan sepaii….Hubungan cinta jangan dicemari oleh tindakan yang melanggar syariat. Lebih banyak perlanggaran hukum berlaku, lebih tinggilah risiko kemusnahan yang akan berlaku.. Jangan kita tertipu dengan pesona cinta yang dihiasi pelbagai janji dan sumpah setia. Jangan kita mabuk dengan rindu dan asyik yang membuai dan melenakan. Seteguk kita minum dari kendi cinta terlarang, racunnya akan meresap membunuh akal, jiwa dan perasaan. Pada ketika itu cinta dikatakan buta. Maka butalah mata hati dan mata kepala hingga seseorang akan menjadi hamba kepada siapa yang dicintanya. Lupalah diri kepada Pencipta cinta kerana terlalu asyik dengan cinta yang dikurniakan-Nya. Ah..bagaimanakah perasaan kita agaknya, jika seseorang begitu leka dengan hadiah hingga terlupe bersalam dan berterima kasih dengan pemberinya?
MENGAWAL DIRI DARIPADA CINTA TERLARANGTuhan kerap terpinggir dalam hubungan cinta terlarang. Hukumnya dilanggar bukan dengan rasa bersalah tetapi dengan rasa manis dan megah. Tangan kekasih dipegang walaupun sudah jelas Allah mengharamkan sentuhan antara lelaki dan wanita yang bukan muhrim. Tergamak berdua-duaan di tempat sunyi walaupun sudah diperingatkan Nabi bahawa dalam keadaan begitu syaitan adalah ‘orang’ yang ketiga. Lebih daripada itu pun banyak berlaku. Semuanya seolah-olah halal kerana cinta. Racun-racun berbisa yang memusnahkan cinta dianggap sebagai baja. Akhirnya pohon cinta terlarang pun berbuah. Buah yang pahit, masam dan memabukkan. Buah yang muncul dengan pelbagai jenama yang aneh dan menjelekkan – bohsia, bohjan, buang bayi dan zina..Ketika itu indahkah cinta?Peraturan cinta bagai tanda-tanda dan lampu isyarat di atas jalan raya. Kereta diciptakan dengan kuasa untuk bergerak, tetapi pergerakkannya perlu diatur dan dikawal. Jika tidak, dengan kuasa itu akan berlakulah perlanggaran dan pertembungan. Begitulah cinta, ia adalah kuasa tetapi memerlukan peraturan dan kawalan….Apakah peraturan-peraturan dalam hubungan cinta? Hendaklah cinta kita itu didasarkan kepada Allah. Ertinya cinta yang kita berikan kepadanya semata-mata kerana mengharapkan keredhaan Allah swt. Allah memberikan kita fitrah itu, lalu kita niatkan dengan fitrah itu boleh menghampirkan diri kepada-Nya. Cintailah sesiapapun tetapi pastikan cinta itu dapat memudahkan kita mencintai Allah.. Sehubungan dengan itu, cinta antara lelaki dan perempuan mestilah diniatkan untuk Allah..soalnya bagaimana? Iringilah niat untuk berkahwin kerana berkahwin itu lebih memudahkan seorang lelaki atau perempuan menyempurnakan agamanya..Sabda Rasulullah saw :“Apabila seseorang itu berkahwin, sempurnalah separuh agamanya, tinggal lagi separuh untuk disempurnakannya”
PERATURAN CINTAOleh itu usahlah bercinta seqadar untuk bersuka-suka. Lebih buruk lagi janganlah ada niat jahat dalam bercinta sama ada didorong oleh hasutan nafsu atau bujukan syaitan. Jika tidak ada niat untuk berkahwin, cinta itu pastinya bukan kerana Allah. Hakikatnya cinta itu adalah cinta terlarang yang akan membawa kemusnahan pada sebelah pihak atau kedua-dua pihak sekali. Cinta jenis ini seburuk namanya –Cinta Monyet!~Selain itu hendaklah dipastikan semasa menjalinkan hubungan cinta tiada hukum Allah yang dilanggar. Antaranya tiada pergaulan bebas, tiada pendedahan aurat, tidak ada pengabaian perkara-perkara asas seperti meninggalkan solat, puasa dan lain-lain. Hubungan cinta juga jangan sampai terjerumus dalam perkara yang melalaikan dan merugikan. Remaja tidak seharusnya mengeluh dan berkata, cinta apa namanya jika tidak ada dating, perbualan telepon secara maraton, surat cinta, sentuhan tangan, kerlingan dan senyuman? …Yakinlah tiada keindahan dengan melanggar peraturan Tuhan. Putus cinta, frust cinta yang begitu dominan dalam kehidupan remaja adalah disebabkan racun-racun cinta yang disangka baja ini. Justeru banyaklah cinta yang gagal disambung di alam perkahwinan dan lebih banyak putus tanpa sempat menempuh perkahwinan.
Dan ..last sekali………..
Allah Maha Mengetahui dan Maha Penyayang. Segala peraturan-Nya dibuat dengan rasa cinta terhadap hamba-hamba-Nya. Cinta suci pasti akan membawa ke gerbang perkahwinan sehingga pasangan itu bercinta dengan 1000 keindahannya. Bahkan jika ditakdirkan cinta itu akan terus bersambung ke alam akhirat…insyaAllah..=) Suami yang soleh dan isteri yang solehah akan bercinta lagi di syurga, tempat pertama yang melahirkan cinta! Ketika itulah fitrah menjadi anugerah…

di petik kt sebuah majalah.. x ingatla majalah mana...

khas buat wanita tercinta....

Khas Buat Wanita Tercinta - Kenapa Mesti Wanita Menutup Aurat? (33:59)

íóÇ ÃóíøõåóÇ ÇáäøóÈöíøõ Þõáú áÃÒúæóÇÌößó æóÈóäóÇÊößó æóäöÓóÇÁö ÇáúãõÄúãöäöíäó íõÏúäöíäó Úóáóíúåöäøó ãöäú ÌóáÇÈöíÈöåöäøó Ðóáößó ÃóÏúäóì Ãóäú íõÚúÑóÝúäó ÝóáÇ íõÄúÐóíúäó æóßóÇäó Çááøóåõ ÛóÝõæÑðÇ ÑóÍöíãðÇ

Hai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin: "Hendaklah mereka berjilbab (bertudung dan berpakaian labuh) menutupi tubuh mereka." Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, karena itu mereka tidak di ganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (33:59)

Berdasarkan ayat di atas, ALLAH telah jelas menyatakan perihal mengapa wanita wajib berjilbab (bertudung dan berpakaian labuh yang menutupi tubuh mereka dengan sempurna).

Berikut saya point-kan beberapa hikmah menutup aurat (bagi wanita) berdasarkan ayat di atas secara ringkas:

1. Sebagai lambang bahawa mereka adalah wanita yang beriman dan bertaqwa. Wanita yang sentiasa beriman dan taat, pasti akan sentiasa mengikuti apa sahaja yang diperintahkan oleh ALLAH dan Rasul-NYA dan meninggalkan sebarang perkara yang dilarang di dalam agamanya (Islam). Berbeza dengan mereka yang tidak beriman (tanpa mengira lelaki mahupun wanita), mereka amat engkar dengan perintah ALLAH dan Rasulullah. Pendek kata, ada sahaja alasannya untuk menolak ketetapan ALLAH. Maka, renungilah ayat berikut:

“Orang-orang munafik laki-laki dan perempuan sebahagian dengan sebahagian yang lain adalah sama, mereka menyuruh membuat yang mungkar dan melarang berbuat yang ma'ruf dan mereka menggenggamkan tangannya (kikir). Mereka telah lupa kepada Allah, maka Allah melupakan mereka. Sesungguhnya orang-orang munafik itu adalah orang-orang yang fasik.” (09:67)

2. Berupaya mengelakkan gangguan daripada golongan yang berhati jahat. “…karena itu mereka tidak di ganggu”…. Bagi point yang kedua ini, saya ingin membawakan satu perumpamaan. Andainya kita seorang lelaki dihidangkan dengan satu ‘show’ yang menayangkan wanita dengan keadaan yang amat menghairahkan (seksi), sudah tentu nafsu syahwat si lelaki akan terangsang sekaligus mencetuskan satu niat yang jahat untuk ‘mendapatkan’ wanita yang dilihatnya itu atau pun wanita lain yang seumpamanya bagi tujuan nafsunya. Tapi, berbeza pula jika kita sebagai lelaki diperlihatkan dengan wanita-wanita solehah yang sentiasa menjaga adabnya sebagai seorang muslimah yang mana lengkap berjilbab. Pasti sejuk mata memandang lalu mampu mendetikkan rasa keinsafan (malu) dalam diri si lelaki. Begitulah hakikatnya peranan jilbab mampu mencegah hati-hati manusia yang berniat jahat.

Dalam ayat yang lain, ALLAH menyatakan perihal yang sama tetapi memfokus kepada suara wanita, “Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan (menghairahkan) orang yang ada perasaan dalam hatinya (berhati jahat). (33:32)

3. Membezakan sama-ada wanita itu muslim atau non-muslim. “…supaya mereka lebih mudah untuk dikenal…”. Ssebagai seorang wanita muslim, sewajibnya mereka menutup aurat dan bertudung. Yang dengan itu, sekaligus membezakan mereka dengan gaya orang yang bukan muslim. Dan berdasarkan Tafseer Ibn Katheer, jilbab membezakan di antara wanita hamba dengan wanita yang merdeka di mana orang yang merdeka wajib bertudung. Manakala dalam tafsiran yang lain, dinyatakan bahawa pemakaian tudung dan penutupan aurat melambangkan dia adalah wanita yang bertamadun kerana tahu menjaga kehormatannya.

4. Jilbab (menutup aurat) mampu menghalang pelbagai penyakit kulit. Menurut kajian saintifik terkini membuktikan bahawa kulit wanita adalah lebih sensitif berbanding kulit lelaki. Maka oleh kerana itulah, kulit wanita memerlukan sistem penjagaan yang lebih rapi dan baik berbanding kulit lelaki. Dengan keadaan zaman sekarang ini yang mana, persekitaran kita begitu berbahaya dengan pelbagai jenis pencemaran yang melanda. Saya ambil beberapa contoh pencemaran yang boleh memberi kesan berbahaya kepada kulit. Pencemaran udara, yang mana udara kita dipenuhi dengan pelbagai jenis asap dan debu (dangerous particles). Pencemaran cahaya dan radioaktif. Pencemaran cahaya adalah berpunca daripada penipisan lapisan ozon (light filteration) yang semakin ketara, yang mana pelbagai sinar matahari yang berbahaya dengan mudah terlepas ke permukaan bumi akibat gagal ditapis oleh ozon. Maka, apa alternatifnya yang terbaik untuk mengawal semua jenis pencemaran ini? Tentu sekali pakaian yang baik yang mana mampu menutupi semua bahagian badan kita yang sensitif. Maka dengan itu, sekaligus menunjukkan hikmah wanita diwajibkan memakai jilbab (menutup aurat). Ianya sungguh relevan sekali dengan suasana masa kini yang begitu berbahaya kepada organ kulit kita, terutamanya wanita yang jauh sangat sensitif terhadap kesan pencemaran tersebut. Tanpa perlu berbelanja mahal untuk bahan-bahan kimia penjagaan kulit yang belum tentu terjamin kebaikannya dan mungkin ada kesan jangka panjangnya yang jauh lebih berbahaya, maka pakailah pakaian yang menutup aurat. Ianya lebih selamat dan dijamin oleh ALLAH sejak lama dahulu lagi. Dan ianya terbukti tiada kesan sampingan.

Renungan:

Ingatlah rakan-rakan wanita ku. Jika anda menganggap pakaian ‘haram’ yang anda peragakan itu lebih cantik daripada pakaian yang disarankan oleh ALLAH, maka sebenarnya anda telah cuba menyatakan bahawa pakaian yang disarankan oleh ALLAH itu adalah tidak cantik. Maka, di masa anda menyatakan demikian (ditambah anda mempraktikkannya), maka anda di saat itu sedang melakukan suatu kesyirikan yang tidak kurang besarnya, dan menunjukkan anda sungguh berani kerana perbuatan anda itu sebenarnya menunjukkan anda sedang melawan (memprotes) ALLAH. Na’uzubillah…

Buat Lelaki:

Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandanganya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat." (24:30)

Buat Wanita:

Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya (auratnya), kecuali yang (biasa) nampak dari padanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain kudung kedadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada mahramnya… (24:31)

ALLAHU ‘ALAM…

Yang benar,
Saudara Nawawi.


Rujukan:

Tafseer Ibnu Katheer (English)
Al-Asas fit Tafsir , As-Syeikh Said Hawa
Toronto Star, R. Stevenson, 23rd January 2002.

kisah kekasih sejati...HAYATILAH....

Airmata seorang Nabi...kerana UmatnyaTatkala ku membaca cerita ini sebak rasanya. Ceritayang mengajarku erticinta dan kasih sayang yang suci.Di saat sakratulmaut datang utk memisah roh darijasad, tatkala menanggungkesakitan, Nabi Muhammad SAW masih lagi membimbangiumatNya, hinggakankesakitan sakratulmuat ingin ditanggung olehNyasendiri bukan umatNya.YA ALLAH, sungguh besar penggorbananNya.YA ALLAH, ampuni dosa kami, cucurilah Rahmat keatasNabi Muhammad SAW,keluargaNya dan sahabat handaiNya.Ku berharap agar Baginda berada didalam Pelukan dan Kasih Sayang Allah.Sungguh menyayat hati... sila baca. Buat pedomanuntuk kita semua.Detik-detik Rasulullah SAW Menghadapi Sakaratul Maut..Ada sebuah kisah tentang cinta yang sebenar-benar cinta yang dicontohkan Allah melalui kehidupan Rasul-Nya.Pagi itu, walaupun langit telah mulai menguning,burung-burung gurun engganmengepakkan sayap. Pagi itu, Rasulullah dengan suara terbatasmemberikan kutbah, "Wahaiumatku, kita semua ada dalam kekuasaan Allah dancinta kasih-Nya. Maka taatidan bertakwalah kepada-Nya. Kuwariskan dua perkarapada, Al Qur'an dan sunnahku. Barang siapa mencintai sunnahku, berertimencintai aku dan kelakorang-orang yang mencintaiku, akan masuksyurga bersama-sama aku." Khutbah singkat itudiakhiri dengan pandangan mataRasulullah yang tenang dan penuh minat menatapsahabatnya satu persatu.Abu Bakar menatap mata itu dengan berkaca-kaca, Umardadanya naik turunmenahan nafas dan tangisnya. Usman menghela nafas panjang dan Ali menundukkan kepalanya dalam-dalam.Isyarat itu telah datang, saatnya sudah tiba.Rasulullah akan meninggalkan kita semua," keluhhati semua sahabat kala itu. Manusia tercinta itu,hampir selesai menunaikantugasnya di dunia. Tanda-tanda itu semakin kuat,tatkala Ali dan Fadhaldengan cergas menangkap Rasulullah yang berkeadaanlemah dan goyah ketikaturun dari mimbar. Disaat itu, kalau mampu, seluruhsahabat yang hadir disana pasti akan menahan detik-detik berlalu.Matahari kian tinggi, tapi pintu rumah Rasulullah masih tertutup. Sedang didalamnya, Rasulullah sedang terbaring lemah dengan keningnya yang berkeringat dan membasahi pelepah kurma yang menjadialas tidurnya. Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yangberseru mengucapkan salam.Bolehkah saya masuk?" tanyanya. Tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk,Maafkanlah, ayahku sedang demam," kata Fatimah yangmembalikkan badan dan menutup pintu. Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudahmembuka mata dan bertanya pada Fatimah, "Siapakah itu wahai anakku?" "Taktahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini akumelihatnya," tuturFatimah lembut. Lalu, Rasulullah menatap puterinyaitu dengan pandangan yangmenggetarkan. Seolah-olah bahagian demi bahagianwajah anaknya itu hendak dikenang. "Ketahuilah, dialah yang menghapuskankenikmatan sementara, dialahyang memisahkan pertemuan di dunia. Dialah malakulmaut," kata Rasulullah,Fatimah pun menahan ledakkan tangisnya. Malaikatmaut datang menghampiri,tapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibril tidak ikutsama menyertainya.Kemudian dipanggilah Jibril yang sebelumnya sudahbersiap di atas langitdunia menyambut ruh kekasih Allah dan penghulu duniaini.Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?"Tanya Rasululllahdengan suara yang amat lemah. "Pintu-pintu langittelah terbuka, paramalaikat telah menanti ruhmu. Semua syurga terbukalebar menanti kedatanganmu," kata Jibril. Tapi itu ternyata tidakmembuatkan Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan. "Engkau tidaksenang mendengar khabarini?" Tanya Jibril lagi. "Khabarkan kepadakubagaimana nasib umatku kelak?"Jangan khawatir, wahai Rasul Allah, aku pernahmendengar Allah berfirmankepadaku: 'Kuharamkan syurga bagi siapa saja,kecuali umat Muhammad telahberada di dalamnya," kata Jibril.Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukantugas. Perlahan ruhRasulullah ditarik. Nampak seluruh tubuh Rasulullahbersimbah peluh,urat-urat lehernya menegang."Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini." PerlahanRasulullah mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang di sampingnya menunduksemakin dalam dan Jibrilmemalingkan muka. "Jijikkah kau melihatku, hinggakau palingkan wajahmuJibril?" Tanya Rasulullah pada Malaikat pengantarwahyu itu. " Siapakah yangsanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal," kataJibril. Sebentarkemudian terdengar Rasulullah memekik, kerana sakityang tidak tertahankanlagi. "Ya Allah, dahsyat nian maut ini, timpakansaja semua siksa maut inikepadaku, jangan pada umatku." Badan Rasulullahmulai dingin, kaki dandadanya sudah tidak bergerak lagi. Bibirnya bergetarseakan hendakmembisikkan sesuatu, Ali segera mendekatkantelinganya. "Uushiikum bisshalati, wa maa malakat aimanuku, peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu."Di luar pintu tangis mulai terdengar bersahutan,sahabat saling berpelukan.Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Alikembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan.Ummatii, ummatii, ummatiii?" - "Umatku, umatku, umatku" Dan,berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu. Kini, mampukah kita mencintai sepertinya?Allahumma sholli 'ala Muhammad wa baarik wa salim 'alaihi Betapa cintanya Rasulullah kepada kita.

kisah pokok epal...

Suatu masa dahulu, terdapat sebatang pokok epal yang amat besar. Seorang kanak-kanak lelaki begitu gemar bermain-main di sekitar pokok epal ini setiap hari. Dia memanjat pokok tersebut, memetik serta memakan epal sepuas-puas hatinya, dan adakalanya dia berehatlalu terlelap di perdu pokok epal tersebut. Budak lelaki tersebut begitu menyayangi tempat permainannya. Pokok epal itu juga menyukai budak tersebut.Masa berlalu... budak lelaki itu sudah besar dan menjadi seorang remaja. Dia tidak lagi menghabiskan masanya setiap hari bermain disekitar pokok epal tersebut. Namun begitu, suatu hari dia datang kepada pokok epal tersebut dengan wajah yang sedih."Marilah bermain-mainlah di sekitarku," ajak pokok epal itu."Aku bukan lagi kanak-kanak, aku tidak lagi gemar bermain dengan engkau," jawab budak remaja itu."Aku mahukan permainan. Aku perlukan wang untuk membelinya," tambah budak remaja itu dengan nada yang sedih.Lalu pokok epal itu berkata, "Kalau begitu, petiklah epal-epal yang ada padaku. Jualkannya untuk mendapatkan wang. Dengan itu, kau dapat membeli permainan yang kau inginkan."Budak remaja itu dengan gembiranya memetik semua epal di pokok itu dan pergi dari situ. Dia tidak kembali lagi selepas itu. Pokok epal itu merasa sedih.Masa berlalu...Suatu hari, budak remaja itu kembali. Dia semakin dewasa. Pokok epal itu merasa gembira."Marilah bermain-mainlah di sekitarku," ajak pokok epal itu."Aku tiada masa untuk bermain. Aku terpaksa bekerja untuk mendapatkan wang. Aku ingin membina rumah sebagai tempat perlindungan untuk keluargaku. Bolehkah kau menolongku?" Tanya budak itu."Maafkan aku. Aku tidak mempunyai rumah. Tetapi kau boleh memotong dahan-dahanku yang besar ini dan kau buatlah rumah daripadanya. " Pokok epal itu memberikan cadangan.Lalu, budak yang semakin dewasa itu memotong kesemua dahan pokok epal itu dan pergi dengan gembiranya. Pokok epal itu pun tumpang gembira tetapi kemudiannya merasa sedih kerana budak itu tidak kembali lagi selepas itu.Suatu hari yang panas, seorang lelaki datang menemui pokok epal itu. Dia sebenarnya adalah budak lelaki yang pernah bermain-main dengan pokok epal itu. Dia telah matang dan dewasa."Marilah bermain-mainlah di sekitarku," ajak pokok epal itu."Maafkan aku, tetapi aku bukan lagi budak lelaki yang suka bermain-main di sekitarmu. Aku sudah dewasa. Aku mempunyai cita-cita untuk belayar. Malangnya, aku tidak mempunyai bot. Bolehkah kau menolongku?" tanya lelaki itu."Aku tidak mempunyai bot untuk diberikan kepada kau. Tetapi kau boleh memotong batang pokok ini untuk dijadikan bot. Kau akan dapat belayar dengan gembira," cadang pokok epal itu.Lelaki itu merasa amat gembira dan menebang batang pokok epal itu. Dia kemudiannya pergi dari situ dengan gembiranya dan tidak kembali lagi selepas itu.Namun begitu, pada suatu hari, seorang lelaki yang semakin dimamah usia, datang menuju pokok epal itu. Dia adalah budak lelaki yang pernah bermain di sekitar pokok epal itu."Maafkan aku. Aku tidak ada apa-apa lagi nak diberikan kepada kau. Aku sudah memberikan buahku untuk kau jual, dahanku untuk kau buat rumah, batangku untuk kau buat bot. Aku hanya ada tunggul dengan akar yang hampir mati..." kata pokok epal itu dengan nada pilu."Aku tidak mahu epalmu kerana aku sudah tiada bergigi untuk memakannya, aku tidak mahu dahanmu kerana aku sudah tua untuk memotongnya, aku tidak mahu batang pokokmu kerana aku berupaya untuk belayar lagi, aku merasa penat dan ingin berehat," jawab lelaki tua itu."Jika begitu, berehatlah di perduku," cadang pokok epal itu.Lalu lelaki tua itu duduk berehat di perdu pokok epal itu dan berehat. Mereka berdua menangis kegembiraan.* CERITA INI SENGAJA DIPAPARKAN UNTUK MENGAJAK KITA BERFIKIR TENTANG PENGAJARAN DI SEBALIK CERITA TERSEBUT. SEBENARNYA, POKOK EPAL YANG DIMAKSUDKAN DI DALAM CERITA ITU ADALAH KEDUA-DUA IBU BAPA KITA. BILA KITA MASIH MUDA, KITA SUKA BERMAIN DENGAN MEREKA. KETIKA KITA MENINGKAT REMAJA, KITA PERLUKAN BANTUAN MEREKA UNTUK MENERUSKAN HIDUP. KITA TINGGALKAN MEREKA, DAN HANYA KEMBALI MEMINTA PERTOLONGAN APABILA KITA DI DALAM KESUSAHAN. NAMUN BEGITU, MEREKA TETAP MENOLONG KITA DAN MELAKUKAN APA SAHAJA ASALKAN KITA BAHAGIA DAN GEMBIRA DALAM HIDUP.ANDA MUNGKIN TERFIKIR BAHAWA BUDAK LELAKI ITU BERSIKAP KEJAM TERHADAP POKOK EPAL ITU, TETAPI FIKIRKANLAH, ITU HAKIKATNYA BAGAIMANA KEBANYAKAN ANAK-ANAK MASA KINI MELAYAN IBU BAPA MEREKA. HARGAILAH JASA IBU BAPA KEPADA KITA. JANGAN HANYA KITA MENGHARGAI MEREKA SEMASA MENYAMBUT HARI IBU DAN HARI BAPA SETIAP TAHUN.SEMOGA MEMBERIKAN KEINSAFAN DAN KESEDARAN KEPADA remaja KITA.

couple dlm islam???

One day, one of my friend dapat article dari IKIM tentang couple dlm Islam....it answers my question clearly....
Selalu bertanya pada diri, couple tu blh ke tak dlm Islam?....blh ke tak ni?....
Apa kata Islam tentang couple?.... sebesar2 tajuk yg ditaip dlm article "percintaan HARAM.."
Dlm Islam tiada istilah bercouple... .kalau benar seorang lelaki itu mencintai seseorg wanita seikhlas hatinya, tidak blh dia bercouple... . bercouple adalah dtg dari nafsu....buat apa menurutkan nafsu?.... dalam Islam yg ada hanyalah perkahwinan. ...
Cara2nya,... bila seorg lelaki itu suka kat seorg wanita tak kira lah member ke, tak pernah kenal ke,....dia kena solat istikharah dahulu sblm memulakan langkah.... minta petunjuk Allah benarkah si dia itu adlh jodoh yg telah Allah tetapkan.... kemudian, andai dah dpt petunjuk benar si dia jodoh yg Allah tetapkan, kena approach parents dia....bukan nyer approach dia....lelaki ni kenalah minta izin kat parents nak kawan ngan perempuan ni dan niat dia berkawan kenalah nak memperisterikan perempuan ni, bukan sekadar MAIN2 ek....
Pastu, kalau perempuan ni pula kena buat solat istikharah minta petunjuk dari Allah betul tak lelaki ini jodoh dia....kalau dah dpt petunjuk dari Allah dan parents kata ok,....tak ber makna blh dating, keluar bersama2 dan sbgnainya... and walaupun bergayut kat telefon... walaupun tk bersemuka... ingat.. syaitan tu tak kan putus asa nak hasut kita lakukan perkara yang dimurkai Allah...!!

Step seterusnya kena cepat2 tetapkan tarikh kahwin....pastu kahwin la, and happy ever after....Insya Allah.... So,....sedar tak yg sebenarnya step2 di atas adlh step utk meminang? kesimpulannya, dlm Islam tak da istilah couple....
Kpd sahabat2 yang saya sayangi dan kasihi, marilah kita sama membanteras gejala2 bercouple ni sbb bermula dari couple, mcm2 blh terjadi, tak pyh la di sini saya sebutkan complication2 yg timbul slps bercouple... .hehe, mcm hypertension lak ada omplication2. ... sanggupkah kita gadaikan agama hanya utk kepuasan diri?....
Ingat, kita muslim diperhati oleh non-muslim, mcm mana nak berdakwah kalau diri songsang?... . ermm...pada sape yg terasa...maaf dipinta.. sekadar renungan kita bersama...
i do believe in this words, deep down if u guys ask urself, we already have the answer, ALLAH the almighty have always slipped in the answer in our heart, it's just that we rather listen to the 'other' voice than the one that's already there...
Cinta yang hakiki hanyalah milik Allah… try la… sangat manis…