Jin adalah satu jenis makhluk Allah. Jin tidak sama dengan manusia dan tidak pula sama dengan malaikat. Namun jin mempunyai banyak persamaan dengan manusia. Persamaan tersebut adalah dari segi akal dan dapat membezakan baik dan buruk sesuatu. Manakala perbezaan yang nyata antara jin dan manusia adalah dari segi jisim dan asal kejadian (mustafa Asyur.1995).
Disebut jin kerana ijtinan iaitu tertutup dari perlihatan manusia sepertimana keadaan perasaan hati (jinan) pada manusia. Makhluk ini tidak boleh dilihat oleh manusia kecuali kepada orang yang mempunyai ilmu kasyaf (http://ms.wikipedia.org/wiki/Jin).
Al-jin adalah anak al-Jan. Dan al-Jan adalah bapak jin. Jin diciptakan daripada api, kemudian diciptakan daripadanya keturunan dan mempunyai zuriat. Al-Jan adalah jama’ daripada kata al-Jin. Ibn Sayyidih mengatakan, “jin merupakan salah satu alam. Ia dinamakan jin kerana tidak boleh dilihat dengan mata, atau mereka bersembunyi dari pandangan manusia sehingga mereka tidak dapat melihatnya”. Manakala al-Jauhari berpendapat bahawa “Jin berbeza dengan manusia. Dan bentuk tunggalnya adlaha jinniy. Ia disebut begitu kerana ia tersembunyi dan tidak terlihat”. Jin juga mempunyai tanggungjawab sama seperti manusia (Firyal ‘Ulwan.1991).
Sepertimana firman Allah:
Maksudnya : Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdi kepada-Ku. (al-Zariat : 56)
Orientalis membawa pelbagai kenyataan untuk menggoyahkan keyakinan umat Islam. Termasuklah istilah jin ini, mereka mendakwa bahawa kalimah jin bukan berasal daripada kalimah bahasa arab akan tetapi berasal daripada kalimah di dalam bahasa Yunani iaitu genius. Padahal perkataan ini hanyalah kenyataan mereka sahaja untuk mengkaburkan pandangan dan kepercayaan umat Islam (Hamka, 1975).
Bagi menjawab kenyataan salah mereka ini, bukti yang jelas dapat dikemukakan berdasarkan surah yang telah dikhususkan untuk golongan jin (surah al-Jin). Maka dengan adanya surah khusus ini mencantas segala dakwaan orientalis mengenai jin yang dikatakan bukan berasal daripada istilah Islam dan dianggap sebagai kisah-kisah dongeng dan rekaan semata-mata (Hamka, 1975).
0 comments:
Post a Comment