BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, December 31, 2010

Tahun Baru...Azam Baru..Sem Baru...


بسم الله الرحمن الرحيم

salam tahun baru buat semua pembaca blog nie...

tahun baru...azam baru..semangat pon kne la bru jugak....apelah agak2nye azam thn nie ye???
pejam celik-pejam celik dh masuk tahun 2011....dan bermulanya sem 2 saya dalam pengajian Master di UKM...erm....
harapan untuk tahun nie..moga saya, family, ibu n abah, adik2 n sahabat2...sentiasa dibekalkan kesihatan yg lebih baik untuk mengabdikan diri kepada yang Maha Esa...mg thn ini kita semua diberikan peluang untuk memperbetulkan kesalahan2 kita masa lalu...selagi kita hidup ini jgn kita sia2kn apa yg ada~insyaAllah...
prinsip hidup kita mestilah ingat bahawa Allah itu sentiasa bersama2 kita x kira dalam apa jua keadaan...bak kata fafau...(melodi)..tingkatkan prestasi kurangkan kontroversi...


Saturday, March 27, 2010

debaran semakin terasa


salam pembuka kata...

debaran semakn terasa...i have 1 month only to finish my degree...
ya Allah...tabah kn la hati hambamu ini...smoga apa yg aku pelajari terpahat di hati abadan-abada...amin..

after this kne tempuh dunia luar yg macm2 ade...huhu..mampukah aku??...insyaAllah...i will try my best..

sblm konvo nk kne habiskn project paper dlu...pas 2 ????blom planing

continue next...

Tuesday, February 9, 2010

frust...+ letih...


semalam 9/2/2010....hari yg sgt letih, ngantuk, nk kate smua ade...hai la badan..
ceritanye bermula disini.....

aku n k.nad rancang nk g national library....klo g pagi still ade smgt lagi..last2 kitrng g tghari gegat...matahari tepacak ats pale...adoii...time nie yg x tahn rse cm nk tebaka..(bru panas dunia)..
ingtkn nk ambik bahan yg dh seminggu tempah potostat...tp malang sungguh..x siap2 gk..betambah tension..dh la kitrng tpon x angkat..sabau je la...huhu

smpai kl pon dh kol 2 lebih..lepak2 cr bhn dlu kt persatuan sejarah malaysia...sib baik ade bhn gk...klo xde maunnye cedih...kmdn kami g plak pustakaan negara (destinasi sbnr) nk pulang buku n nk pinjm buku lain...tp frust lagi...cari punye cari buku yg nk pinjm 2 xde...kod je ade..buku ..erm..

last2...g la cri tmpt rujukn..tp x leh pnjm..potostat je la..cian kt bdk potostat 2..die yg kne potostat bahan aku dh la bnyk...abih nk wat cmne..2 je cara yg ade drpd xde..huhu.6.30 2 bru ktrng kuar ingt nk g perkim tp x dan...lepas smbhyg kt surau perkim g mkn dlu kt gerai bwh...
perh....mintk mkn mcm org dh keje...dahsyat...tp puas ati la mkn kt situ...w/pn mahal..hehee

mkn2...dh kol 7..nk blik ukm plk..dh la mlm 2 ade program dialog antra agama...sampai ukm dlm kol 8.30...sib baik progrm 2 x start lg..dlm 9.30 bru start...best gk la program 2..rmai glier yg dtg..atleast..lepas jgk aku nk g program cmni..dh bnyk kali xde peluang cmni...x rugi la klo kite dtg sbb itu knmajlis ilmu..sedikit sebanyk kita dpt gk isinnya..

kesimpulannya...bnyk la bersabar...pasti yg belaku 2 ade hikmahnye yg kite x bleh duga..mne de sesuatu itu kite nk dptknnye dgn senang..pasti ade halangannye..oleh itu....berusahalah selagi kita terdaya..n jgn pernah anggap kite week...n tawakal dan berserahlah kepada Allah..sekian..

Monday, February 8, 2010

tasawwuf Sunni & Falsafi (kuliah 25.01.2010)

hari nie just nk kongsi ilmu apa yg aku dpt waktu g kuliah....kuliah tasawwuf sunni n falsafi nie Prof. Zakaria Stapa yg ajar...syukran prof..best sgt2 time klas prof..n klas2 yg lain gk..

seorang tokoh tasawwuf sunni iaitu Al-Harith b.Asad al-Musahibi.

gelaran al-Muhasibi diberi kepada beliau kerana kesungguhan beliau mengamalkan amalan muhasabat al-Nafs( tekun mengamalkan muhasabah dirinya samada apa yg dilakukan benar @ salah.) bliau dilahirkan di Basrah, Iraq kira2 dalam dekad ke-7 abad ke-2 H. kmdn beliau meninggal dunia di Baghdad pd thn 243H/857M. sebahgian umurnya banyak dihabiskan di Banghdad. al-Muhasibi adalah simbol golongan 'ariffin pada zamannya. seorang guru pada golongan yang menuju Allah yang terhimpun dalam dirinya adunan ilmu yang batin dan zahir. al-Muhasibi diiktiraf sebagai seorang imam yang menjadi ikutan orang Islam dalam bdang fiqh, tasawuf, hadis da ilmu kalam.

al-Kalabazi dalam kitabnya Taaruf menamakan Muhasibi sebagai salah seorang daripada 10 orang yang terkenal dan termasyur. beliau menghimpunkan dalam diri beliau ilmu2 yang diwarisi (tasawuf) dan ilmu yang dicapai melalui hasil usahanya sendiri. beliau juga mendengar hadis, menyusun ilmu fiqh, ilmu kalam, ilmu bahasa serta ilmu tentang al-Quran.

Abu Abdullah Ibn Khafif memberi ingatan, hendaklah kamu mengikuti 5 orang dari kalangan syeikh kita iaitu al-Muhasibi, al-Junaid, Abu Muhammad Ruim, Abu 'Abbas Ibn 'Ata' dan 'Amr Ibn Uthman al-Maki kerana mereka merupakan orang yang mengadunkan ilmu dan pelbagai hakikat dalam diri mereka. terdapat sejumlah ucapan beliau yang menggambarkan bahawa aliran tasawuf yang dibawanya adalah lebih mengutamakan aspek yang berkaitan dengan akhlak islamiyyah.


Sunday, February 7, 2010

kenangan sebelum grade..



tahn2 akhir nie la rse cm rapat ckit ngan bdk2 nie..tp almaklumlah...final year la kte kn...msg2 bz tmbh2 nk wt projek ilmiah...erm....w/ever la jnji hapy sokmo..

ari 2 plan ramai2 ambik gambar tuk kenang-kenangan so....plan punye la awal..last2...2 jam bru start nk bergambar...dh lah lps 2 ade klas ngan prof zakaria(x dekan fpi 09)...sib baiklah klas prof tangguh waktu 2..klo x nyaya ja..huhu mse nie best2..sgt2..w/pn kne berdiri lme gile dlm keadaan yg sgt panas..adeeiii...sabaq je la..mybe pas raye cina bru dpt pic penuh kot...yg ade nie hnye..sampingan sje..hehe

dh la time ambik gmbar nie...waktu 2 la PRK berlangsung...

ini la rupa2 yg akn grade thn nie..i.Allah

kasih Ibu..(i miss my mom)

Cerita dari seorang kawan : Cerita betul yg menyayat hati..


Hari ini semua adik beradik pulang beraya di
Kuala Lumpur
setelah beraya di kampung mertua. Ibu yang di KL agak kesunyian, tetapi setelah mendengar abang dan kakak-kakak hendak datang beraya,ibu gagahi juga bangun pagi menggoreng nasi buat santapan pagi mereka yang akan datang nanti.

Aku yang bongsu tinggal di rumah sambil menolong apa yang patut memerhati kegagahan ibu yang sememangnya aku tahu sakit dan bengkak kakinya semakin menjadi-jadi semenjak bulan puasa tempohari. Aku minta untuk membantu, "tak payah" katanya "biar mak yang buat nanti lain rasanya". Aku biarkan sahaja walau dalam hati terasa pedih dan sayu melihat kegagahan mak nak juga sediakan nasi goreng untuk anak-anaknya yang baru nak merayakan aidilfitri bersamanya.

Aku tahu di sudut hati mak ada rasa sedih dan sayu kerana anak lelakinya tak beraya bersama di pagi raya.. tetapi langsung tidak ditunjuk malah ingin pula menjamu anaknya. Terhinjut-hinjut mak ke sana ke mari mengambil bahan-bahan nasi goreng. bukan main khusyuk dan bersungguh cuba menyediakan juadah yang semampunya.

Bila semuanya dah sampai aku mula hidangkan nasi yang digoreng mak untuk abang dan kakak yang tiba dengan anak-anak mereka.
Semuanya pakat menjamu selera.. memang berselera semua sukakan nasi goreng mak..
mak tahu anak-anaknya sukakan nasi goreng air tangannya.. Dalam tak sedar nasi dah hampir habis. Terdetik dihatiku... "ahhh mak belum makan apa-apa semenjak pagi kerana sibuk sediakan nasi tu"... seraya tu abang ku bertanya 'siapa tak makan lagi nasi ni'. Aku menjawab ' mak belum makan apa lagi tu'

Mak dengan bersungguh menjawab "Ehh mak tak mau... tak lalulah nasi goreng, nak makan roti ja sat lagi'...dua tiga kali kami pelawa begitu juga jawabnya. Kataku dalam hati "oohh mungkin juga mak nak makan roti sebab nak kawal penyakit diebetisnya...."

Bila semua dah pulang.. aku lihat mak terhinjut-hinjut ke dapur.. lantas aku tanya 'mak nak apa..nak ambilkan..' 'takpa nak rasa ni sikit'. Sayu sedih dan terguris sungguh hati aku.. bila kulihat mak rupanya sedang mengikis kerak-kerak nasi goreng yang masih berbaki dalam kuali untuk dimakan.

Itulah kasih seorang ibu pada anak-anaknya. Zaman sekarang pun masih ada ibu yang sanggup berlapar dan mendahulukan anak-anaknya asal mereka semua kenyang. Aku benar-benar kalah dengan apa yang aku saksikan.. YA RABB Engkau peliharalah Ibu, Ampunilah Dosanya, Berilah kekuatan pd anak-anaknya untuk membalas jasa ibu yang tak terhingga.

AMINN

Definisi Jin

Jin adalah satu jenis makhluk Allah. Jin tidak sama dengan manusia dan tidak pula sama dengan malaikat. Namun jin mempunyai banyak persamaan dengan manusia. Persamaan tersebut adalah dari segi akal dan dapat membezakan baik dan buruk sesuatu. Manakala perbezaan yang nyata antara jin dan manusia adalah dari segi jisim dan asal kejadian (mustafa Asyur.1995).

Disebut jin kerana ijtinan iaitu tertutup dari perlihatan manusia sepertimana keadaan perasaan hati (jinan) pada manusia. Makhluk ini tidak boleh dilihat oleh manusia kecuali kepada orang yang mempunyai ilmu kasyaf (http://ms.wikipedia.org/wiki/Jin).

Al-jin adalah anak al-Jan. Dan al-Jan adalah bapak jin. Jin diciptakan daripada api, kemudian diciptakan daripadanya keturunan dan mempunyai zuriat. Al-Jan adalah jama’ daripada kata al-Jin. Ibn Sayyidih mengatakan, “jin merupakan salah satu alam. Ia dinamakan jin kerana tidak boleh dilihat dengan mata, atau mereka bersembunyi dari pandangan manusia sehingga mereka tidak dapat melihatnya”. Manakala al-Jauhari berpendapat bahawa “Jin berbeza dengan manusia. Dan bentuk tunggalnya adlaha jinniy. Ia disebut begitu kerana ia tersembunyi dan tidak terlihat”. Jin juga mempunyai tanggungjawab sama seperti manusia (Firyal ‘Ulwan.1991).

Sepertimana firman Allah:

Maksudnya : Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdi kepada-Ku. (al-Zariat : 56)

Orientalis membawa pelbagai kenyataan untuk menggoyahkan keyakinan umat Islam. Termasuklah istilah jin ini, mereka mendakwa bahawa kalimah jin bukan berasal daripada kalimah bahasa arab akan tetapi berasal daripada kalimah di dalam bahasa Yunani iaitu genius. Padahal perkataan ini hanyalah kenyataan mereka sahaja untuk mengkaburkan pandangan dan kepercayaan umat Islam (Hamka, 1975).

Bagi menjawab kenyataan salah mereka ini, bukti yang jelas dapat dikemukakan berdasarkan surah yang telah dikhususkan untuk golongan jin (surah al-Jin). Maka dengan adanya surah khusus ini mencantas segala dakwaan orientalis mengenai jin yang dikatakan bukan berasal daripada istilah Islam dan dianggap sebagai kisah-kisah dongeng dan rekaan semata-mata (Hamka, 1975).